Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2021

BOOK REVIEW 2: Siapa Kita 10 Tahun Lagi

Imej
MENGENAI BUKU INI:   Siapa Kita Sepuluh Tahun Lagi? Adakah kita akan menjadi seorang pengurus? Adakah kita akan tetap menjadi seorang kerani? Adakah kita akan menjadi individu yang lebih berjaya daripada hari ini? Pilihan semestinya ada di tangan kita. Janganlah hanya memandang hari esok! Barangkali hari esok sama seperti hari ini dan hari lusa sama juga dengan hari esok.  Jadi, marilah kita berfikir sejenak apa yang kita mahukan di dalam kehidupan ini. Perlu diingat bahawa kehidupan yang kita jalani ini hanya sekali sahaja. Ia tidak akan berulang kembali.  Buku ini mengandungi pelbagai cadangan yang bakal membangkitkan rasa dan kehendak anda untuk berjuang ke arah kecemerlangan masa depan anda. Bermula dengan pertanyaan penting iaitu ‘Siapakah diri kita pada masa depan?’, buku ini cuba merungkai jalan-jalan yang sepatutnya dilalui secara nyata dan benar demi untuk mencapai kecemerlangan pada masa depan sebelum ditutup oleh satu lagi pertanyaan penting iaitu ‘Apakah yang ...

PERUBAHAN GAYA HIDUP

Imej
 1.  Selepas Subuh Hingga Terbit Matahari Gunakan untuk  membaca atau perkara-perkara yg utama dibuat seperti ibadat dan lain-lain bersedekah pada waktu subuh(sedekah subuh) berjogging selepas subuh kerana mengikut sains selepas subuh oksigen lebih banyak waktu pagi lebih segar otak masih tajam 2.  Selepas Waktu Zohor waktu yang produktif kerana kita telah qailullah sebelum zohor jadi badan kita segar nabi melayan para sahabat sehingga waktu azar banyakkan ibadat waktu ini sebab itulah solat bakdiah dan qabliah ada pada waktu zohor tidak ada pada waktu asar selepas asar bolehlah keluar utk kegiatan lain 3.  Sedikit Dari Waktu Malam Amalan orang-orang yang berjaya ialah mereka tidur awal dan bangun awal Mereka memulakan kerja di awal pagi selepas mengerjakan tahjjud seperti menulis buku dan membaca Mereka bangun dalam pukul 4 pagi dan terus sampai subuh waktu 12.30/12.45 mereka qailullah untuk mendapatkan tenaga untuk sambung balik selepas zohor waktu yang paling...

CARA BETUL MENGURANGKAN BERAT BADAN SEMASA PKP

Imej
  Mengurangkan berat badan secara sihat Musim  Hari Raya Aidilfitri telah bermula setelah sebulan kita berpuasa .Walaupun dalam tempoh PKP semasa hari raya ini ramai yang gagal mengawal pemakanan kerana asyik duduk di rumah maka makan telah menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Janganlah kita menambahkan berat badan yang telah berjaya kita kurangkan dalam Ramadhan yang lepas dengan makan secara berlebihan. Dalam kita merayakan Aidilfitri , kita perlu berjaga-jaga agar kesihatan kita terus terpelihara dan berat badan kita tidak bertambah dengan mendadak dan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada kesihatan kita. Apabila kita mula mendapat masalah berat badan yang berlebihan selalunya kita akan memilih kaedah untuk menurunkan berat badan dengan cara yang salah iaitu dengan ber’diet’ meninggalkan makan atau mengurangkan jumlah makanan secara mendadak. Ramai yang mengambil pendekatan mengurangkan makan dan bersenam untuk menurunkan berat badan. Tanpa kita sedari, ada yang ...

Apakah makan dahulu sebelum senaman atau senaman dahulu sebelum makan?

Imej
Yang betulnya ialah makan dulu sebelum senaman tetapi dengan jumlah yang sedikit seperi makan makanan yg mudah dan cepat hadam seperti pisang, oat, kacang kedelai dll. Makan dulu penting sebab dia boleh merangsang metabolisme badan dan memberi tenaga semasa senaman Apakah sesudah senaman boleh makan? Ya selepas senaman disarankan supaya kita makan supaya tidak lapar.makan selepas senaman tidak akan mengemukkan kerana tubuh akan serap makanan ketika dia memerlukan. Yang menjadi lemak ialah apabila kita makan dlm keadaan kita kenyang maka lebihan tu akan disimpan menjadi lemak.Senang sahaja. Sebab itu islam mengajar kita makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. yang menjadi masalah kita ialah kita makan dalam keadaan kita masih kenyang lagi Masa yang baik untuk makan selepas senaman ialah 15-30 minit.Makan lah makanan yg banyak protein seperi soya bean atau telor dll

Motivasi: Perancangan Hari Tua

Imej
  Tempoh persaraan aku jika umur panjang tinggal lagi 7 tahun. apakah dengan pencen cukup untuk menampung kehidupan pada tahun 2025 itu nanti. sudah semestinya kos hidup ketika itu semakin tinggi.Kadar inflasi semakin meningkat. Kos untuk menjalani kehidupan masa itu semakin tinggi. Aku pun tidak pasti siapakah nanti yang akan menjaga aku semasa tua..Tidak dapat dijangka anak yg manakah yg nanti yg akan berbakti kepada aku sebagai bapanya.Jangan difikirkan sangat perkara ghaib seperti ini kerana boleh menggangu fikiran.Allah yg mengaturnya nanti. Aku berdoa agar aku tidak dipinggirkan oleh anak-anak atau dihantar ke rumah orang tua-tua. Sebagai persediaan aku perlu merangka bajet kehidupan masa tua nanti. Tidak boleh menyerahkan kepada nasib sahaja. Oleh itu plan persaraan perlu dibuat dari sekarang walaupun aku belum pasti adakah boleh sampai ke umur persaraan. Insyaallah jika ditadirkan umur panjang bagaimana aku nak hidup ketika itu dalam keadaan biasanya penyakit adalah menjadi...

MENCARI UDARA SEGAR DAN NYAMAN

Imej
  Petang tadi aku berlari solo di Pantai Klebang mencari udara segar.Kes covid-19 hari ini mencecah paras tertinggi iaitu 8290 kes dengan kematian 61 orang.Hari ini juga jam 8.00 mlm semasa berita perdana kerajaan telah mengumumkan 'total lockdown' di mana semua sektor ditutup kecuali sektor yang penting seperti kawalan keselamatan, pembersihan sahaja PKP penuh ini akan bermula 1 jun hingga 14 Jun 2021.Untuk perincian  sektor Pendidikan akan diumumkan oleh KPM dalam  sedikit masa lagi.Kalau ikut jadual awal sekolah akan bermula pada 14 jun tapi .nampak gayanya sekolah tidak akan dibuka lagi gamaknya.Oleh itu PdPR adalah alternatif yang ada.Maka dengan itu PdPR ini perlu dimantapkan dan diatasi segera masalah-masalah yang ada.Jika tidak anak-anak akan menjadi mangsa ketinggalan (lost generation).Ini akan merugikan negara bangsa dan agama. Semua ini adalah ujian dari tuhan kepada hambanya."Nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"(Al Rahman) .Ayat ini diulang s...

HADIS 40 (IMAM AN NAWAWI)- HADIS YANG KE 13-TIDAK SEMPURNA IMAN

  عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ االله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ االلهِ صَلَّى االلهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى االلهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )  رواه البخاري ومسلم .  Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:  Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri. (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)    Pengajaran hadis: 1. Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman.  2. lman seseorang mukmin tidak akan sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang seagama.  3.  Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatan kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata. 4.  Semua orang lslam adal...

MESYUARAT G9 BIL 8/2021 SECARA MAYA (GM)

Imej
 

BOOK REVIEW 1: DETIK-DETIK DIRI DI DAERAH DAIF

Imej
  MENGENAI BUKU INI: Novel ini menyingkap pengalaman dan liku-liku hidup seorang sasterawan Negara secara jujur dan berterus terang. Sikap hidup masyarakat Banggol Dedap yang daif tetapi kaya dengan semangat bergotong royong membawa suatu nostalgia yang manis dan mengharukan penulis. Autobiografi ini adalah tunjang daya kreativiti Shahnon di mana setiap hasil karyanya dapat di singkap dalam autobiografi ini.   ULASAN  Alhamdulillah dapat habiskan membaca autobiografi karya shahnon Ahmad ini.Kebanyakkan apa yang diceritakan beliau mengingatkan kembali aku semasa kanak-kanak.Walaupun zaman kanak-kanak aku adalah pada tahun akhir 60an sedangkan beliau sekitar zaman 40an tapi masih banyak yang sama.Lokasinya berbeza beliau di utara tanah air sedangkan aku di selatan keistimewaan shahnon yang aku kagumi ialah dia berjaya membawa dan menyingkap sesuatu perkara itu dengan sedetail-detailnya hatta kalau dia bercerita pasal bisul yg bernanah boleh membuatkan aku nak termuntah dan ...

HADIS 40: TINGGALKAN PERKARA YANG MERAGUKAN

  Hadis 40 (Imam An-Nawawi) HADIS 11 Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a., cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan Baginda. Beliau berkata: Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis: Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau. Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai. Al-Tarmizi berkata ia adalah hadis hasan sohih. Pengajaran hadis: 1. Seorang mukmin tidak seharusnya terus melakukan sesuatu yang dia sendiri merasa sangsi dan ragu. 2. Hal ini menyebabkannya terjebak jatuh dalam perkara yang kemungkinan hukumnya haram. 3. Meninggalkan sesuatu kerana ragu-ragu dan kerana ingin menjaga maruah diri dan keharmonian agama adalah suatu sifat wara' yang terpuji. 4. Keyakinan adalah asas amalan dalam lslam. Amalan yang dilakukan dengan yakin dikira sah dan diberikan ganjaran pahala. 5. Sebaliknya amalan yang dilakukan secara ragu-ragu, tidak memadai dan mesti diulangi. Wallahu 'alam

SAMBUTAN HARI GURU 2021 SECARA MAYA

  Alhamdulillah pada 26 Mei 2021 yan g lalu sewaktu cuti umum sempena hari Wesak Kelab Komuniti Bestari SMA JAIM telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah.Majlis berjalan dengan lancar dan santai.kegembiraan nampak  di wajah-wajah cikgu-cikgu yang turut serta.(8 % guru-guru melibatkan diri tanpa arahan dan paksaan.Sekurang-kurangnya hilanglah juga tekanan mereka melakukan PdPR 3.0 yang akan berakhir jumaat ini 28 Mei 2021.Selepas ini cikgu-cikgu  dan murid-murid akan bercuti selama 2 minggu

HADIS 40: TANDA-TANDA KIAMAT

  Hadis 40 (Imam An-Nawawi) HADIS 2 Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang berta...

HARGA RUMAH DAHULU DAN SEKARANG

 Tiga puluh  tahun dahulu harga rumah kos rendah dalam RM25K-30K.Pada masa itu Zainal  ada simpanan RM25K  yang disimpan dalam tempayan  beras  dan pada tahun ini dia  bercadang hendak membeli rumah kos rendah sebagai hadiah kepada anaknya.Diapun memecahkan tempayan beras antiknya.Agak-agak anda dapatkah zainal membeli rumah kos rendah tersebut? Sepatutnya dia tidak menyimpan dalam tempayan beras sebaliknya terus membeli rumah tersebut dengan harga RM25K tunai.Kalau dia beli pada masa itu agak-agak kalau dia nak jual rumah teres itu sekarang berapa harganya yer? Tapi kalau anda bertanya bukankah duit kita tersangkut kalau beli tunai? Klu anda berfikiran begitu saya tak dapat nak tolong sebab anda sengaja mencari sengal ..

KOS HIDUP DAHULU DENGAN SEKARANG

Seorang datuk bercerita dengan cucunya mengenai zaman dia bersekolah di asrama penuh di Kelang 40 tahun yang lalu.Katanya: "Masa atuk sekolah dulu barang semua murah.Masa atuk bawa duit RM1 ke kedai boleh dapat macam-macam barang.". Di sebelah asrama di mana atuk ini tinggal terdapat sebuah kedai runcit.Taukeynya seorang berbangsa India. Ramailah murid-murid asrama yang membeli barang-barang keperluan cucu: iye ke tok ? apa barang-barang yang boleh dapat? Atuk: atuk boleh dapat biskut, maggi, keropok, air tin, pensel tekan, buku ujang malah penyapu bilikpun atuk boleh dapat Cucu: wahhh! murah giler kedai tu yer tuk? sekarang boleh dapat lagi ke tuk? Atuk: Atuk tersenyum sambil berkata: "sekarang tak dapat dah ..kedai tu dah pasang CCTV!!!"

HADIS 40 : Gesaan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah atau yang tiada kena mengena dengan diri

  Hadis 40 (Imam An-Nawawi) HADIS 12 عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ االله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ االله صَلَّى االله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا . Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya. Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian. Pokok Perbincangan Hadis : 1) Antara tanda Sempurna Islam sesaorang : jaga lidah dari perkataan yang sia-sia (Qaaf : 18) setiap yang baik akan berganda (10x) sehingga 700 gandaan. 2) Langkah bagi meninggalkan perkara yang tidak berkait: -tidak mengikut hawa dan runtunan nafsu. -silap faham hadis menyebabkan setengah orang banyak meninggalkan perkara yang wajib dan juga sunat disangkanya perkara yang tak berkait dengannya. Pengajaran hadis: 1. Seseorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apab...

HADIS 40: KEPENTINGAN NIAT

  Hadis 40 (Imam An-Nawawi) HADIS 1 Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. Pokok perbincangan hadis : 1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais 2) Kenapa niat penting : untuk bezakan ibadat dengan adat. untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya.   3) Hukum melafazkan niat(jahr) - bid’ah mungkarah : tidak thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil) - fuqaha’ Syafie : sunnat. haram sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu o...

Teks Ucapan Pengetua sempena hari Guru 2021 (norma baharu)

Imej
  Assalamualaikum wbt salam Melakau maju jaya, Rakyat bahagia menggamit dunia salam Jabatan pendidikan melaka : Pendidikan berkualiti , Insan terdidik negara sejahtera Salam SMASRA : Warga sepakat SMASRA hebat Yang Dihormati cikgu pengerusi majlis: Cikgu..... Yang berusaha Penolong kanan Pentadbiran Cikgu Mohd Ghazali Bin Yusof Yang berusaha Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Cikgu  Hjh Mastura Othman Yang berusaha Penolong kanan Ko kurikulum Cikgu  Azman  Kassim Guru-guru kanan mata pelajaran cikgu Rozali, Cikgu Norhayati,Cikgu Nurhaslina,Cikgu Nurfaizzah dan Cikgu Azhar Penyelaras tingkatan Enak Cikgu Helmi Akhtar Pengerusi kelab komuniti Bestari cikgu Mohd jafri seterusnya cikgu-cikgu dan murid-murid yg dirahmati allah sekelian