Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2022

Membaca sebagai Gaya Hidup

 Pada tahun 2019, tular gambar Gigi dan Bella Hadid, iaitu adik-beradik yang menjadi model antarabangsa terkenal sedang memegang buku di tangan sambil bersiar-siar, Lazimnya, gambar seseorang yang sedang berjalan-jalan sambil memegang buku bukanlah kejadian yang boleh menimbulkan kekecohan, namun disebabkan kedua duanya merupakan model terkenal, maka pihak media menganggap bahawa gambar tersebut merupakan fenomena luar biasa yang mahu dihebohkan. Kaitan antara model terkenal dengan buku (membaca dianggap sebagai hobi yang membosankan) merupakan pertembungan bertentangan yang menarik untuk dikupas. Berita dan hantaran dalam media sosial yang tular menjadikan buku sebagai aksesori yang menarik untuk digayakan. Penjenamaan semula buku sebagai aksesori telah meletakkan buku berada pada tahap yang sama dengan beg tangan, telefon bimbit dan haiwan peliharaan. Buat seketika, membaca buku antara aktiviti santai dan menjadi ikutan dalam kalangan masyarakat Namun begitu, menggelarkan buku se...

Istimewanya Malam Raya

 Ramadan al-Mubarak yang mengunjungi kita kini sudah hampir meninggalkan umat Islam.Ada hati yang mula menangis.Tetamu yang mulia ini akan pergi dan pasti akan kembali lagi.Namun, adakah kita berkesempatan lagi untuk bertemu.dengan bulan yang agung ini? Apa yang sudah berlalu,tidak dapat lagi kta ulangi.Apa yang mampu kita lakukan hanyalah berdoa dan beristighfar,Berdoa agar segala yang telah kita lakukan,benar-benar diterima oleh Allah s.w.t. Beristighfar kerana pasti sepanjang hari-hari yang kita lalui tu,terdapat pelbagai kelemahan dan kekhilafan yang telah kita lakukan. Bagaimanapun,berakhirnya Ramadan dengan munculnya anak bulan 1 Syawal bukanlah penamat segala kebaikan dan Impahan rahmat Allah s.w.t. Sebaliknya, malam Hari Raya tersebut adalah satu malam yang mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Alangkah ruginya,jika sepanjang Ramadan kita mampu bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah dan segala kebajkan,tiba-tiba pada malam yang penuh berakah ini,kita dilekakan dengan...

Pesan Abah (pengetua) 3

  Resipi Tiga: Menjadi Remaja Berani Kenapa kita masih ditakuk lama, sedangkan yang lain sudah berjaya? Hendak berubah, tetapi takut diejek. Aku tak boleeeh!!! 1.Tiada kejayaan tanpa keberanian. Kejayaan dalam hidup adalah perjuangan yang pada hujungnya adalah kemenangan.Kemenangan hanya milik orang yang berani. Untuk berjaya, kita mesti berani mencari dan menambah pengetahuan, maklumat dan pengalaman.Berani mencuba apabila mahukan kejayaan menjadi milik kita. 2.Bersedia mencipta kejayaan.  Jangan hanya berpuas hati dan mendabik dada dengan pencapaian generasi terdahulu. Fikirkan di mana usaha dan pencapaian kita? Oleh itu, tidak cukup sekadar mempunyai pengetahuan sahaja. Kita perlu mempunyai kemahiran dan semangat  tinggi bagi mencapai kecemerlangan. Laksanakan dengan berani apa yang sudah dirancang. 3.Berani pemikiran dan jiwa.  Mereka yang berani bukan yang sedia melawan dan menunjuk gagah kekuatan tubuh mereka. Sebaliknya,berani mencetuskan pemikiran dan idea ba...

Pesan Abah (pengetua) 2

  Resipi dua: Meningkatkan Keyakinan Diri Sentiasa rasa lemah semangat? Tidak berani melakukan perkara yang baru? Hidup tidak melangkah ke hadapan? 1.Fikirkan boleh.  Tidak ada yang mustahil sebelum mencuba. Kenapa perlu mengalah sebelum mencuba? Kalau orang lain dapat melakukan, kenapa saudara tidak? Ini adalah cogan kata yang perlu kita sematkan dalam minda dan hati.Dengan berpegang kepada cogan kata ini, tiada apa yang mustahil dalam hidup saudara. 2.Saudara bukan gagal, cuma belum berjaya.  Jangan cepat melabelkan diri sendiri sebagai seorang yang 'GAGAL'. Kesannya amat buruk. Saudara bukan gagal,tetapi belum berjaya. Mungkin saudara hanya memerlukan selangkah lagi untuk berjaya, jadi kenapa berhenti sekarang? 3.Berdikari. Jangan terlalu bergantung pada orang lain. Semua manusia dalam dunia ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Saudara juga tidak terkecuali. Apa yang perlu dilakukan adalah mengenali potensi diri dan menggilapnya. Saudara dapat melakukannya sendiri ...

Motivasi Diri di Aidilfitri

 Bulan Ramadan akan berakhir.Kita akan menyambut Hari Raya. Aidilfitri.Adakah andasudah bersedia? Apakah motivasi tertinggi yang boleh kita ambil untuk manfaat diri, keluarga dan masyarakat dari sambutan Hari Raya yang kita sambut saban tahun? Hadiah Kemenangan Hari Raya ini adalah sebagai hadiah daripada Allah s.w.t.kepada umat Islam atas kejayaan perjuangan mengekang hawa nafsu yang getir pada bulan Ramadan. Allah menghalalkan kita berbuka dan mengharamkan berpuasa pada hari tersebut.Amat tidak beradablah jika kita tidak menyambut hadiah tersebut dengan kegembiraan. Mengekalkan Syariat Ibadah Hari Raya hendaklah disambut mengikut syariat dan tidak bercampur baur dengan perkara yang dilarang.Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan lain seperti Hari Kemerdekaan, Hari Buruh atau hari keputeraan pemimpin kerana ia merupakan kurmiaan Allah s.w.t. khusus kepada hamba-hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadan. Apabila diri kita ...

Tip kekal sihat walau berusia

  APABILA meningkat usia, ramai akan mula mengalami gejala awal penyakit sendi atau saraf seperti kebas, sakit lutut, sakit belakang dan sebagainya. Keadaan ini bukanlah perkara yang pelik kerana majoriti individu berusia akan mengalami penyakit seiring dengan peningkatan umur. Tahukah anda, terdapat beberapa tip untuk kekal sihat yang boleh diamalkan sekarang untuk mengurangkan masalah sakit sendi dan saraf pada usia tua kelak. Jurupulih anggota 'Flex Physiotherapy' Wan Muhamad Zahid Wan Zullkefli, berkongsikan tip penting ini kepada anda. 1. Amalkan pemakanan sihat Langkah paling penting dalam usaha mengekalkan kesihatan ialah melalui pengamalan cara pemakanan yang berkhasiat. Makanlah mengikut panduan piramid makanan dan suku-suku-separuh.Sebab apa?Kerana panduan piramid makanan sudah merangkumi semua nutrien diperlukan tubuh dalam kadar yang betul. Pengambilan terlalu banyak makanan tidak sihat yang tinggi kandungan garam, gula dan lemak akan berkait dengan masalah kesihata...

Aidilfitri daripada Adat kepada Ibadat

 Menyambut Hari Raya adalah ibadah dalam Islam.Aidilfitri merupakan hari kejayaan dan kegembiraan bagi setiap orang Mukmin yang telah berjaya menjalani kursus intensif di madrasah Ramadan selama satu bulan.Berikut adalah beberapa perkara sunah ketika menyambut ketibaan bulan Syawal, agar Aidilfitri yang kita raikan benar-benar diterima sebagai ibadat di sisi Allah. 1 )Bertakbir Umat Islam disunatkan bertakbir pada Hari Raya Aidilfitri bermula dari malam raya sehingga imam mengangkat takbiratulihram untuk solat sunat Hari Raya.Bagi Aidladha, ia disunatkan bermula selepas solat subuh 9 Zulhijah sehingga selepas asar hari ke-3 tasyrik(menurut tarjih Imam al-Nawawi). Umat Islam sangat digalakkan untuk memahami dan menghayati setiap ungkapan takbir yang dilaungkan.la sarat mengandungi makna keagungan dan keesaan Alah,serta knbenaran janjiNya untuk memberi pertolongan kepada orang Mukmin.Bahkan la juga mengingatkan kita tentang peristiwa perang Ahzab,di mana Allah telah memporak-perandak...

12 CARA BERJIMAT MENJELANG HARI RAYA

  Setelah dua tahun kita beraya serba sederhana, pasti ramai yang teruja untuk berbelanja habis-habisan untuk sambutan hari raya pada tahun ini. Perancangan rumah terbuka secara besar-besaran dan jualan sempena Syawal yang mengugat iman, memungkinkan anda untuk berbelanja secara berlebihan. Sebelum anda mula membuat persiapan, berikut adalah 10 cara yang anda boleh lakukan untuk berjimat menjelang hari raya supaya perbelanjaan anda tidak jauh tersasar untuk Syawal nanti. Ingat, simpan dahulu Setiap kali perayaan, perbelanjaan kita akan bertambah tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh menyimpan. Sebelum anda bebelanja walaupun RM0.01, simpan sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan bulanan anda untuk masa hadapan. Anda bukan sahaja dapat menyambut perayaan tanpa rasa bimbang, anda juga akan mendapat lebih banyak penjimatan daripada faedah kompaun yang diperolehi. Bagus kan? Lebih menarik jika anda boleh menyimpan awal! Buat satu tabung  sinking fund ‘Hari Raya’ sekurang-k...