Catatan

BELAJAR MENJADI "KEDEKUT"

Imej
Maksud kedekut di sini ialah anda tidak memberi atau membayar kepada orang lain melainkan setelah membayar kepada diri sendiri terlebih dahulu.Ini membawa maksud anda telah menyimpan beberapa persen dari pendapatan anda terlebih dahulu sebelum dibelanjakan.Lagi besar persennya lagi baik (ikut kemampuan)   Konsep yang salah ialah kita belanja dahulu pendapatan kita  kemudian ada lebih baru simpan.Selalunya jarang yang dapat disimpan melainkan hanya beberapa bulan sahaja. Penulis ingin kaitkan hal ini dengan apa yang sedang melanda kita iaitu pandemik covid-19.Seandainya kita amalkan amalan 'kedekut' ini dan telah lama kita lakukan contohnya sepuluh atau lima belas taun yang lalu nescaya pada masa sekarang kita tidak akan merasa susah dengan izin Allah kerana simpanan yang telah kita buat boleh digunakan sekarang. Yang banyak menimbulkan masalah sekarang ialah tiadanya simpanan atau dengan ungkapan lain kita tidak mengamalkan 'kedekut' pada masa yang lalu sehingga semua p...

HADIS 40-HADIS YANG KE 15( Berkata yang baik-baik atau diam sahaja)

Imej
  عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ االله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ االلهِ صَلَّى االلهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِااللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِااللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ آَانَ یُؤْمِنُ بِااللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم  Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:  "Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam . Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya."  (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim. )  Pengajaran hadis:  1.  Hadis ini menerangkan beberapa tuntutan lman, antaranya ialah berkata hanya perkara benar dan berfaedah, kurang bercakap, menghormati jiran tetangga dan me...

KHASIAT BUNGA CENGKIH DAN CARA MENYEDIAKANNYA

 

BOOK REVIEW 4- SEMUA ADA SAATNYA

Imej
  Hidup itu tidak selamanya serius. Hidup ada saat-saat senggang, walau hanya sebentar. Tujuannya agar hidup selalu bergairah, termotivasi dan tidak bosan memulai hari-hari panjang yang monoton. Itulah sebabnya ayat-ayat dalam Al-Quran pun tidak semuanya berisi perintah atau larangan semata, tetapi juga ada selingan-selingan cerita ringan untuk menjadi pelajaran. Bahkan surat Yusuf itu turun berawal dari permintaan sebagian sahabat yang merasa lelah dengan beban-beban syariat. Lalu, Allah menurunkan cerita Yusuf secara panjang lebar. Karena memang begitu, tabiat manusia cenderung ingin santai. Agamapun tidak melarang seorang untuk menghadirkan suasana santai dalam aktivitas beratnya. Yang salah adalah ketika waktu serius dipakai bercanda dan waktu bercanda dipakai serius. Buku “Semua Ada Saatnya” ini mengajak pembaca untuk lebih menikmati hidup dengan membaca kisah-kisah menarik dan santai yang sangat menginspirasi dan memberi semangat. Tentu agar stamina spiritual Anda selalu terj...

CUAI URUS KEWANGAN PUNCA TERJEBAK

Imej
https://www.sinarharian.com.my/article/142001/KHAS/Sinar-Rasuah-Buster/Cuai-urus-kewangan-punca-terjebak  

Bola sepak dan badminton

Sukan Badminton adalah kegemaranku selepas bolasepak.Masa remaja jarang aku main badminton.Aku lebih banyak bermain bolasepak.Boleh tahan juga bolehlah smpai mewakili sekolah, kolej dan Universiti. Setelah berumur 35 tahun aku sudah berhenti bermain bola sepak.Ini disebabkan aku selalu sahaja mengalami kecederaan.Faktor usia barangkali.Oleh sebab itu sebagai pilihan aku mula bermain badminton pula sebagai alternatif dari bermain bola sepak.Sehingga sekarang aku masih bermain badminton lebih kurang 2 kali seminggu.Walau bagaimanapun sejak wabak covid-19 melanda dunia  jarang dah dapat main asyik PKP, PKPD,PKPB,PKPP, PKP Darurat dan entah apa lagi akan datang. Pencapaian dalam badminton ini boleh tahan jugalah pernah menjadi johan bergu Kejohanan Melayu Melaka, Mewakili Melayu Melaka dalam kejohanan Badminton Jemputan Medan, Indonesia, mewakili MAKSAK Melaka dalam Kejohanan Badminton MAKSAK Malaysia, Mewakili PSKPP Melaka dalam kejohanan Badminton PSKPP Kebangsaan dan kejohanan-kejoh...

10 kerjaya bakal jadi pilihan, popular pasca COVID-19

Imej
  KUALA LUMPUR:  Pandemik COVID-19 bukan sahaja mengubah aktiviti harian penduduk dunia, malah turut mengubah landskap kerjaya manusia hampir secara keseluruhan. Istilah  work from home  (WFH) mungkin sebelum ini tidak begitu popular sehingga bertapaknya wabak pembunuh virus SARS-CoV-2. Dengan adanya pelbagai teknologi terkini, tugas-tugas yang dahulunya hanya boleh dilakukan di tempat kerja kini telah dapat dilakukan bukan sahaja di rumah, malah di mana-mana sahaja kita berada. Memetik laporan  World Economic Forum , berikut adalah 10 kerjaya yang bakal menjadi pilihan utama orang ramai pada fasa pasca COVID-19. 1. Fasilitator Sebelum tahun 2020, dianggarkan kurang daripada lima peratus individu yang bekerja dari rumah. Namun kini, ekoran penularan pandemik itu, trend tersebut berubah sehinggakan kerjaya ini dilihat bakal menjadi rebutan utama rakyat dunia. 2. Perundingan kecergasan Tempoh  lockdown  yang berpanjang dan tiada kesudahan...

APA YANG MENARIK HONDA ADV NI?

Imej
Aku rasa   ramai yang sudah tidak sabar menantikan kehadiran skuter kembara cilikHonda ADV 150 yang sekarang telah memasuki pasaran Malaysia.Tapi kena booking bro.Setakat tarikh posting ini ditulis telah ada di Melaka dalam 40 buah.Pasaran Indonesia telah masuk sejak 2019 lagi.Maklumlah diaorang motor lebih laris dari kereta Tidak perlu bercerita dengan lebih panjang, mari kita tengok beberapa ciri penting yang bakal buat anda rasa teruja untuk sambar Honda ADV 150. 1. Sistem gantungan ala offroad                                                                                        Dari segi spesifikasi, Honda ADV 150 didatangkan dengan ciri fork hadapan yang mempunyai jarak pergerakan sebanyak 130 mm, sementara lengan ayun belakang membenarkan jarak perger...

CABARAN PENDIDIKAN AKHLAK SEMASA PdPR

Imej
guru mengajar murid-murid menutup camera Imam Al-Ghazali pernah memberi pandangan iaitu manusia dikategorikan sebagai makhluk hidup dan setiap makhluk yang hidup pasti akan berubah. Sebagai contoh, haiwan boleh berubah  sekiranya dilatih, benih padi boleh tumbuh dan berkembang menjadi tanaman padi.  Oleh karena itu akhlak manusia juga boleh diubah walaupun bentuk dasar tabi’atnya tidak akan berubah sebagaimana padi tidak mungkin boleh  tumbuh menjadi pohon mangga.  Al-Ghazali mempunyai keyakinan bahwa akhlak dapat diluruskan melalui pendidikan budi pekerti atau akhlak.A l-Ghazali dalam hal ini mengibaratkan guru sebagai doktor yang mengubati pesakit  sesuai dengan penyakit yang dideritainya. Adalah suatu kebodohan jika mengobati bermacam-macam penyakit hanya dengan menggunakan satu macam ubat saja.     Di samping itu juga kemampuan guru dalam bidang psikologi juga penting .Murid-murid adalah generasi yang sedang berkembang peribadinya.Ia belu...

BOOK REVIEW 3: REVOLUSI

Imej
ULASAN AKU:   14 cerita yang ditampilkan oleh Ustaz Pahrol mempunyai makna yang tersirat dan mendalam.Ceritanya menjentik pemikiran pembaca dan dapat memberi kesan kepada sanubari pembaca.Di akhir belaiu mengongsikan pengalamannya berada dalam tahanan ISA melalui judul: Bunga dari kemunting.Memang selalu terjadi kepada insan seperti yang diceritakan oleh Ustaz Pahrol bahawa sekiranya Allah tak uji kita mungkin kita belum berubah lagi seperti beberapa watak dalam penjara yang diceritakan oleh beliau.