Membaca sebagai Gaya Hidup
Pada tahun 2019, tular gambar Gigi dan Bella Hadid, iaitu adik-beradik yang menjadi model antarabangsa terkenal sedang memegang buku di tangan sambil bersiar-siar, Lazimnya, gambar seseorang yang sedang berjalan-jalan sambil memegang buku bukanlah kejadian yang boleh menimbulkan kekecohan, namun disebabkan kedua duanya merupakan model terkenal, maka pihak media menganggap bahawa gambar tersebut merupakan fenomena luar biasa yang mahu dihebohkan. Kaitan antara model terkenal dengan buku (membaca dianggap sebagai hobi yang membosankan) merupakan pertembungan bertentangan yang menarik untuk dikupas. Berita dan hantaran dalam media sosial yang tular menjadikan buku sebagai aksesori yang menarik untuk digayakan. Penjenamaan semula buku sebagai aksesori telah meletakkan buku berada pada tahap yang sama dengan beg tangan, telefon bimbit dan haiwan peliharaan. Buat seketika, membaca buku antara aktiviti santai dan menjadi ikutan dalam kalangan masyarakat Namun begitu, menggelarkan buku se...