INFLUENZA MENYERANG
RAMAI yang keliru perbezaan di antara influenza dengan Covid-19. Ada juga yang berkali-kali melakukan ujian kendiri Covid-19 apabila bergejala, namun mendapat keputusan negatif. Penularan penyakit influenza ini dapat dikawal dan dicegah melalui kaedah tertentu. Ads by ADVERTISEMENT Ads by Pakar Mikrobiologi Klinikal Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed berkata, influenza adalah sejenis jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza. Beliau berkata, ada dua jenis virus influenza yang sering menjangkiti manusia iaitu virus influenza A dan Influenza B. "Virus influenza A terbahagi kepada banyak jenis berdasarkan struktur protein yang terdapat pada virus, contohnya influenza A H1N1 dan H3N2. "Influenza A adalah satu-satunya yang berupaya untuk menyebabkan pandemik atau wabak di seluruh dunia seperti yang berlaku pada 2009 (H1N1)," katanya. Menurut Dr Nurul Azmawati, influenza B ...