Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2022

Kebiasaan Pada Hari Raya Ibadat atau Adat?

  TIDAK DENGAR KHUTBAH Bolehkah seseorang itu menunaikan solat sunat hari raya namun tidak mendengar khutbah?  Boleh,bahkan sah solatnya namun ia adalah khilaful aula (menyelisihi perbuatan yang lebih utama)kerana kita disunatkan mendengar khutbah hari raya. Diriwayatkan daripada Abdullah binSa'ib:"Aku bersama Rasulullah ketika solat hari raya.Seusai solat,Baginda bersabda:'Aku akan berkhutbah.Sesiapa ingin duduk mendengarnya,maka duduklah.Sesiapa ingin pergi,silakan pergi.'"(Riwayat Abu Dawud) Namun ini bukanlah pengecualian untuk tidak mendengar khutbah raya.Sekiranya tiada apa-apa yang mendesak,kekallah mendengarnya kerana ia merupakan amalan para sahabat dan tabiin. TAKBIR RAYA Boleh ustaz huraikan tentang takbir raya?  Dari sudut tempoh masanya,takbir raya di sisi mazhab Syafi'i adalah bermula setelah tenggelamnya matahari pada malam hari raya sehinggalah selesai solat raya. Dari sudut hukumnya pula,sunat melaungkan takbir dengan suara yang kuat baik tidak ki...

Hari Raya Remeh-Temeh

  SENGAJA MENINGGALKAN SOLAT Apakah hukum meninggalkan solat hari raya dengan sengaja? Dalam merungkai persoalan ini,kita seharusnya melihat dari dua sudut pandang yang utama seperti berikut: 1.Sudut individu. 2.Sudut jemaah(komuniti Muslim). Sekiranya yang meninggalkan solat raya itu bersifat individu,maka hukumnya adalah makruh kerana meninggalkan amalan sunat yang besar dalam Islam. Namun sekiranya satu komuniti,misalnya satu kawasan perumahan meninggalkan solat raya sehingga tiada sesiapa yang melaksanakannya dalam kariah tersebut,maka mereka semua boleh diperangi atau diambil tindakan kerana mengabaikan syiar Islam pada hari yang berbahagia itu. Dalam usul fiqh,ada kaedah menyatakan: “Adakalanya perbuatan itu hanyalah sunat bagi individu tetapi ia menjadi wajib (fardu kifayah) kepada jemaah(ahli komuniti).” Oleh yang demikian,disimpulkan bahawa sudut pandang fiqah adalah berbeza pada sudut-sudut tertentu.Misalnya jika dilihat dari aspek mikro, ia nyata berlainan dengan fiqah y...

Pesan Abah (pengetua) 1

  RESEPI SATU:  ADA MATLAMAT HIDUP Ingin melangkah lebih jauh dalam hidup? Hidup tidak bermatlamat? Tiada wawasan? Tidak tahu bagaimana hendak menetapkan matlamat hidup? 1.Buatlah matlamat yang spesifik.  Nyatakan dengan jelas apa yang kita inginkan.Apa? Bila? Siapa? Berapa lama? Di mana? Bagaimana? Dan apa-apa penjelasan yang kita rasakan perlu bagi menjadikannya lebih menarik.Lewis Walker,Presiden Institut Jururunding Kewangan Berdaftar di Amerika Syarikat,memberikan suatu perkara yang mesti dielakkan dalam membuat sasaran, "Jangan buat matlamat dan sasaran yang kabur." 2.Jadikan matlamat itu suatu yang dapat dinilai. Apabila tiba tempoh jangka masa yang ditetapkan, kita dapat menilai sama ada kita berjaya mencapainya ataupun tidak. Contohnya, mendapat 'A' dalam subjek Matematik dapat dinilai, tetapi apabila kita mempunyai matlamat 'hendak menjadi seorang yang gembira', ia sudah tentu sukar untuk dinilai. 3.Jadikan ia realistik.  Usah membuat matlamat yang t...

Ke Mana Hala Tuju Budaya Membaca?

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang pada awalnya dijadualkan berlangsung mulai 7 Februari 2022 telah dianjak kepada 3 hingga 12 Jun ini. Bagi penerbit buku, tarikh baharu itu sedikit banyak melegakan mereka kerana tatkala negara menuju peralihan fasa endemik, diyakini lebih banyak aktiviti yang dapat dilakukan dalam menyemarakkan PBAKL 2022 kelak. Sudah dua tahun PBAKL tidak dapat diadakan secara bersemuka. Hal ini dikatakan demikian kerana pandemik COVID-19 yang melanda negara membantutkan himpunan terbesar penerbit dan pembaca di negara ini. Maka itu, bagi ulat buku, PBAKL 2022 perlu diadakan dalam keadaan negara benar-benar telah bersedia agar rindu mereka terhadap pesta ilmu itu terubat. Oleh itu, Jun dilihat sebagai bulan yang paling tepat untuk PBAKL 2022 beraksi dan semua pihak yang terlibat dapat melakukan persiapan yang terbaik, manakala pengunjung juga pertu memastikan mereka akur dengan prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan kelak. Umum menge...

Sekolahku SEJAHTERA- Penjiwaan nilai murni sepanjang hayat

Imej
  Hukuman yang dikenakan terhadap 18 orang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam kes kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain perlu dijadikan iktibar oleh semua pihak. Hukuman berat ke atas mereka sewajarnya dijadikan sebagai pengajaran dan peringatan, khususnya buat warga UPNM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) supaya kejadian yang sama tidak berulang kembali. Kematian Allahyarham Zulfarhan lima tahun lalu merupakan kisah yang amat mendukacitakan. Pada 2 November 2021, keadilan akhirnya ditegakkan apabila kesemua pesalah terbabit telah dijatuhkan hukuman. Mengimbas kembali peristiwa yang pernah menggemparkan negara pada 21 dan 22 Mei 2017, iaitu kira-kira lima tahun lalu mengisahkan Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain didera dengan tekapan seterika wap pada badannya secara berulang kali dan dipukul oleh sekumpulan pelajar sealiran kerana dituduh mencuri sebuah komputer riba, peristiwa tersebut masih terlekat dalam minda masyar...

Perut meragam selepas berbuka? Doktor ini kongsi 7 tip elak keracunan makanan

B ILA bulan puasa ni, bazar adalah tempat utama untuk mencari makanan. Namun, harus diingat dalam membuat pilihan juadah, anda mestilah berhati-hati dan teliti dalam memilih makanan supaya tidak menghadapi masalah keracunan makanan. TIPS UNTUK ELAKKAN KERACUNAN MAKANAN: 1.BAU Jika makanan tersebut berbau pelik, elakkan dari membeli atau makan atau minum.Makanan yang sudah tercemar atau sudah basi atau tamat tempoh, boleh bertukar bau. 2. WARNA Jika warna makanan atau minuman tersebut juga pelik atau lain dari warna sepatutnya, elakkan juga. 3. BERBUIH ATAU BERKELADAK Jika kuah sudah berbuih atau berkeladak, elakkan dari makan. 4. RASA KERAS ATAU KERING ATAU SEDIKIT GELAP DARI SEPATUTNYA Jika makanan bergoreng contohnya makanan ringan seperti nuget, sosej, ayam, bebola terasa keras atau kering atau warna kelihatan sedikit gelap dari sepatutnya, elakkan daripada memakannya.Khuatir kalau makanan itu sudah lama dan digoreng semula. 5. JANGAN SIMPAN MAKANAN LEBIH 2 HARI DALAM PETI SEJUK BA...

Terapi robotik

  "SELEPAS lapan sesi menjalani rawatan pemulihan robotik, cara saya berjalan semakin baik walaupun belum pulih sepenuhnya. "Sebelum ini, cara berjalan tidak seimbang kerana saya mengangkat kaki kanan lebih tinggi berbanding kaki kiri," kata Zulkefli Yusof. Zulkefli, 55, ialah pesakit angin ahmar yang menjalani rawatan pemulihan robotik di Klinik Untuk Pemulihan Robotik, Latihan dan Teknologi Lanjutan (Create) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Menurutnya, setakat ini, dia sudah menjalani rawatan pemulihan robotik tahap kedua. "Selepas ini, saya akan menyambung semula rawatan berkenaan menggunakan modul baharu yang sebelum ini terhenti kerana pandemik Covid-19. "Rawatan ini banyak memberikan perubahan dalam diri dan kehidupan saya," katanya. Zulkefli yang menetap di Ampang, Selangor berkata, dia diserang angin ahmar dua tahun lalu dan terlantar tidak boleh berjalan selama dua bulan. "Pada mulanya, rakan yang mencadangkan saya menjalani rawat...

Obesiti Semakin Serius

RAMAI masih tidak menganggap obesiti sejenis penyakit meskipun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengklasifikasikannya sebagai penyakit kronik dan epidemik. Senario ini menyebabkan lebih ramai tidak mengambil serius mengenai masalah obesiti. Obesiti adalah salah satu daripada cabaran kesihatan awam terbesar di Malaysia. Ia mencatatkan kadar prevalen tertinggi dalam kalangan orang dewasa di Asia Tenggara. Menurut laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, 50.1 peratus populasi dewasa di Malaysia dilaporkan mengalami berat badan berlebihan iaitu 30.4 peratus atau obes (19.7 peratus). Obesiti juga dikaitkan dengan lebih 200 penyakit kronik lain termasuk kardiovaskular, kencing manis, muskuloskeletal dan barah. Selain itu, ia meningkatkan risiko kencing manis jenis dua sebanyak tujuh kali ganda bagi lelaki dan 12 kali ganda bagi perempuan. Pandemik Covid-19 juga menunjukkan mereka yang mengalami obesiti mempunyai 240 peratus peningkatan risiko dijangkiti Covid-19 yang lebih p...

JANGAN LOKEK BELI BUKU- TUN MAHATHIR

Jika ada alasan yang tercipta. itu kita boleh andaikan semangat dan rasa minat dalam jiwa masih belum padu. Malah orang yang betul-betul mencurahkan jiwa dan raganya pada minat membaca ini ada kalanya mereka tidak perlu bersungguh-sungguh dalam usahanya,tetapi terjadi dengan sendirinya. Itulah antara situasi yang kita dapat samakan dengan sikap mantan Perdana Menteri Malaysia keempat.Tun Dr.Mahathir Mohamad.Sewaktu lawatan Tun Dr.Mahathir ke negara lain.beliau bukan sahaja membawa amanat urusannya malah turut membawa minatnya terhadap buku Sekiranya beliau tiba ke negara yang dilawati kedai buku pasti dalam senarai rancangan perjalanannya Mengagumkan lagi apabila beliau mampu menghabiskan bacaannya dalam penerbangan pulang sebelum buku itu disimpan di perpustakaan di rumahnya. Dengan sikap sebegini, maka tidak mustahil jika Tun Dr. Mahathir mampu meneruskan budaya membacanya dengan jumlah tiga buku sehari Diharap budaya dan kebolehan membaca dengan pantas dapat dijadikan teladan dalam ...

MENGAPA ROKOK BERWARNA PUTIH

  DIANGGARKAN 20,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat komplikasi merokok. Sehingga tahun lalu terdapat sejumlah lima juta perokok di negara di mana golongan lelaki adalah yang tertinggi 43%), manakala golongan wanita telah menunjukkan peningkatan (1% pada tahun 2011 kepada 1.4% pada tahun 2015). Menyedari masalah ini,kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia akan memastikan setiap kawalan tembakau yang telah digariskan di bawah WHO FCTC dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyasarkan penurunan prevalen merokok kepada 30 peratus pada tahun 2025 dan seterusnya menuju ke penghujung permainan atau End Game of Tobacco iaitu prevalen kurang dari 5 peratus pada tahun 2045 Sempena Hari Tanpa Tembakau yang disambut pada setiap 31 Mei,Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa komited di dalam membendung amalan merokok dan mengawal tembakau dan produk tembakau dengan lebih ketat.Adalah menjadi hasrat agar Malaysia menjadi sebuah negara dengan ...

PETANDA MASALAH JANTUNG

        S EWAKTU berbaring atau tidur di tengah malam, pernahkah anda mengalami           sesak   nafas dan disusuli rasa sakit atau dihimpit di bahagian dada?                       Disebabkan masalah itu, anda terpaksa meninggikan bantal sehingga dua atau     tiga tingkat bagi membantu untuk tidur lena pada waktu malam. Keadaan itu boleh menjadi lebih ekstrem apabila terpaksa tidur dalam posisi duduk.Jika pernah mengalaminya, segera rujuk kepada pakar kardiologi kerana kemungkinan ia ada kaitan dengan masalah kegagalan fungsi jantung. Menurut Pakar Kardiologi Cardiac Vaskular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) Dr Al Fazir Omar, meskipun sesak nafas boleh menjadi gejala bagi pelbagai jenis penyakit lain terutama membabitkan peparu dan hati, ia masih menjadi 'petanda' serius untuk Masalah jantung "Pengalaman pesakit jantung yang mengalami sesak nafas dengan pes...