keresahan atau anxiety
Sama ada kita suka atau tidak, ambil tahu atau tidak peduli, gejala anxiety atau keresahan sudah menjadi duri dalam daging di dalam negara kita. Jika tidak ditangani dengan serius, berfokus, cekap dan tersusun, gejala itu akan menjadi bom jangka yang boleh 'meletup' tanpa kita bersedia untuk menangani masalah berkenaan. Bagi menanganinya, kita perlu tahu, faham dan sedar berkaitan tanda-tanda dan punca gejala tersebut. Secara ringkasnya, perkataan anxiety adalah perkembangan daripada perkataan anxious yang bermaksud resah atau bimbang. Menurut American Psychological Association, keresahan atau anxiety terbentuk akibat tekanan perasaan. Apabila berlaku dalam tempoh yang lama Akhirnya, mengalami tanda-tanda fizikal seperti kerap berpeluh, sakit kepala, berdebar dan kadar denyutan jantung semakin cepat. Sebetulnya, gejala keresahan boleh melanda sesiapa sahaja, tidak mengira umur, pangkat, bangsa dan agama. Malah, peningkatan statistik gejala berkenaan saban tahun sebagaimana lap...