Kebiasaan Pada Hari Raya Ibadat atau Adat?
TIDAK DENGAR KHUTBAH Bolehkah seseorang itu menunaikan solat sunat hari raya namun tidak mendengar khutbah? Boleh,bahkan sah solatnya namun ia adalah khilaful aula (menyelisihi perbuatan yang lebih utama)kerana kita disunatkan mendengar khutbah hari raya. Diriwayatkan daripada Abdullah binSa'ib:"Aku bersama Rasulullah ketika solat hari raya.Seusai solat,Baginda bersabda:'Aku akan berkhutbah.Sesiapa ingin duduk mendengarnya,maka duduklah.Sesiapa ingin pergi,silakan pergi.'"(Riwayat Abu Dawud) Namun ini bukanlah pengecualian untuk tidak mendengar khutbah raya.Sekiranya tiada apa-apa yang mendesak,kekallah mendengarnya kerana ia merupakan amalan para sahabat dan tabiin. TAKBIR RAYA Boleh ustaz huraikan tentang takbir raya? Dari sudut tempoh masanya,takbir raya di sisi mazhab Syafi'i adalah bermula setelah tenggelamnya matahari pada malam hari raya sehinggalah selesai solat raya. Dari sudut hukumnya pula,sunat melaungkan takbir dengan suara yang kuat baik tidak ki...