Catatan

PENYAKIT MENTAL KIAN BERTAMBAH

 Tidak dapat dinafikan, jika kita berhadapan dengan seseorang yang mempunyai masalah mental, pastinya rata-rata orang di sekeliling akan melabelkan orang itu dengan pelbagai tanggapan negatif. Itulah persepsi masyarakat yang sukar diubah terhadap seseorang itu yang mengalami gangguan mental. Namun begitu, adakah benar bahawa pesakit mental itu merupakan orang gila seperti yang dikatakan oleh sebahagian masyarakat? Adakah mereka mengetahui punca berlakunya masalah mental ini, terutamanya dalam kalangan remaja? Secara umumnya, kesihatan mental merujuk cara seseorang berfikir, merasa dan bertindak. Selain itu, kesihatan mental juga mempengaruhi cara seseorang itu menghadapi dan mengatasi masalah tersebut, serta cara seseorang itu berinteraksi. Antara masalah kesihatan   mental yang dihadapi, termasuklah kemurungan, keresahan, serangan panik, kecelaruan obsesif-kompulsif, kecelaruan stres selepas trauma dan gangguan tidur. Kesihatan mental berkaitan rapat dengan tekanan psiko...

PENDIDIKAN TIDAK MENJAMIN KEKAYAAN

 Dewasa ini, peningkatan kos sara hidup saban hari menyebabkan manusia bekerja keras untuk mencari sebanyak mungkin wang bagi menyara kehidupan yang penuh pancaroba. Ada yang bekerja di dalam sektor kerajaan, semi kerajaan, swasta dan ada juga yang bekerja sendiri. Seperti yang diketahui, pekerjaan dan pendidikan mempunyai hubungan yang erat kerana tanpa pendidikan seseorang itu tidak akan mendapat pekerjaan yang sewajarnya. Oleh itu, pendidikan sangat dititikberatkan sejak zaman dahulu lagi kerana pendidikan formal diberi keutamaan sebagai satu daripada modal untuk mendapatkan pekerjaan. Bahkan telah menjadi keinginan setiap ibu bapa melihat anak-anaknya berjaya dalam pelajaran dan mendapat pekerjaan yang menjamin masa hadapan. "Tak Belajar Tinggi pun Boleh Kaya"? Meniti realiti kehidupan yang terjadi pada masa ini sangat mengecewakan apabila pendidikan mula dipertikaikan sebagai usaha yang sia-sia untuk mendapatkan pekerjaan dan kemewahan secara  mutlak. Tidak dapat dinafik...

STRATEGI MENGHADAPI CABARAN EKONOMI 2023

Banyak ahli ekonomi meramalkan bahawa tahun 2023 akan menjadi tahun yang sukar. Hal itu demikian kerana tahun 2023 diramalkan akan berlakunya kelembapan ekonomi global kerana krisis perang Rusia-Ukraine dan bencana alam yang telah menyebabkan berlakunya krisis rantaian global. Situasi itu telah menyumbang kepada berlakunya peningkatan kadar inflasi pada peringkat global. Oleh itu, ekonomi Malaysia berdepan dengan dua cabaran utama. Pertama, Malaysia perlu segera menyusun strategi untuk berhadapan dengan kelembapan ekonomi global pada tahun ini. Kedua, menangani halangan struktural yang menjejaskan kualiti kehidupan rakyat dan membelenggu negara daripada terus berdaya saing. Bagi mengatasi cabaran ekonomi ini, pelaksanaan yang berkesan perlu bersifat transformatif. Isu kos sara hidup, kualiti pekerjaan dan pendapatan, lambakan pekerja asing, sekuriti makanan, bekalan makanan, tarikan pelabur, adaptasi teknologi, pengangguran dalam kalangan siswazah dan belia, keselamatan sosial, dan jur...

Kaser Usus Besar

 AZIZI Afandi, 55, mengalami masalah sukar membuang air besar sejak dua tahun lalu. Disebabkan dirinya seorang yang jarang jatuh sakit, keadaan itu dibiarkan sahaja. Bagi Azizi, hal itu kecil dan boleh diatast sementelah beliau seorang yang sangat sibuk memenuhi tuntutan sebagal kontraktor. Pun demikian, beberapa bulan lalu, najisnya berdarah. Difikirkan la satu kebetulan, tetapi kejadian itu berterusan selama seminggu lamanya. Khuatir kondisi tersebut memudaratkan kesihatan lebih-lebih lagi bakal terbang menunaikan umrah, lelaki berkenaan terus berjumpa doktor. Azizi sangat terkejut apabila pakar mengesahkan beliau menghidap kanser usus besar atau kolorektal tahap 3. Jika pembaca Sinar Plus masih ingat, pada 30 Disember 2022, legenda bola sepak dunia, Pele meninggal dunia akibat kanser usus besar yang menyebabkan sejumlah organnya gagal berfungsi. Statistik global, World Cancer  Research Fund International mendedahkan, kolorektal merupakan kanser ketiga tertinggi dalam kalang...

PELUANG KERJA SEMAKIN MENGECIL

 Umum mengetahui bahawa kita berpotensi berhadapan krisis ekonomi luar biasa tahun ini dan ia memerlukan pendekatan yang luar biasa. Namun, amat penting dalam berhadapan krisis ekonomi ini, sejauh mana kita memahami gelombang yang bakal mendatang. Di dalam penulisan pada 10 Januari lalu, saya memberikan penekanan kepada krisis ekonomi yang semakin hampir. Terbaharu, Bank Dunia juga telah memberi amaran bahawa kemelesetan ekonomi sudah semakin hampir. Bank Dunia telah mengemas kini dan mengurangkan unjuran per- tumbuhan ekonomi global 2023 kepada 1.7 peratus daripada unjuran awalnya sebanyak tiga peratus. Sekiranya berlaku, ia bakal menjadi pertumbuhan tahunan ketiga paling lemah dalam tempoh 30 tahun, selepas kemelesetan  besar yang berpunca daripada krisis kewangan global 2009 dan pandemik Covid-19 pada 2020. Amaran ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan dan semua pihak agar kita bersedia untuk berhadapan sebarang kemungkinan luar jangka. Kita berharap pada yang terbaik. Pe...

HILANGNYA SEMANGAT KEINGINAN

  dan akal, ada lagi perasaan halus. Hal yang meninggikan semarak perasaan halus itu ialah keindahan. Siram dan suburkanlah rasa keindahan dalam jiwa, sebab ia adalah alat pelengkap keindah- an di luar diri." Ingatlah, kita adalah makhluk cipta- an ALLAH SWT yang terbaik se- bagaimana firmannya, "Dan sesungguh- nya Kami telah memuliakan anak-anak Adam, dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kendera- an di darat dan di laut, dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami lebihkan mereka di atas banyak makh- luk yang Kami ciptakan dengan kelebih- an yang sempurna." (Surah al-Israa', 17:70). Justeru, canlah keindahan hidup menerusi kanta hati. Sesungguhnya kanta hati dapat pertingkatkan kualiti hidup tanpa kebergantungan tinggi ke- pada orang lain. Penuhi keinginan hidup tanpa perbandingan. Profeser Dr Hush Huzzo ab Profeter Pakologi Keling Fakuln Perniagaan dan Kombi jika semangat keinginannya telah hilang. Seca...

keresahan atau anxiety

Sama ada kita suka atau tidak, ambil tahu atau tidak peduli, gejala anxiety atau keresahan sudah menjadi duri dalam daging di dalam negara kita. Jika tidak ditangani dengan serius, berfokus, cekap dan tersusun, gejala itu akan menjadi bom jangka yang boleh 'meletup' tanpa kita bersedia untuk menangani masalah berkenaan. Bagi menanganinya, kita perlu tahu, faham dan sedar berkaitan tanda-tanda dan punca gejala tersebut. Secara ringkasnya, perkataan anxiety adalah perkembangan daripada perkataan anxious yang bermaksud resah atau bimbang. Menurut American Psychological Association, keresahan atau anxiety terbentuk akibat tekanan perasaan. Apabila berlaku dalam tempoh yang lama  Akhirnya, mengalami tanda-tanda fizikal seperti kerap berpeluh, sakit kepala, berdebar dan kadar denyutan jantung semakin cepat. Sebetulnya, gejala keresahan boleh melanda sesiapa sahaja, tidak mengira umur, pangkat, bangsa dan agama. Malah, peningkatan statistik gejala berkenaan saban tahun sebagaimana lap...

BUDI BAHASA RAPUH CERMINAN INDIVIDU TOKSIK

 Cerminan budi bahasa yang tinggi sifatnya lahir dari lubuk hati semua orang. Dalam meniti era yang serba moden ini, budi bahasa dapat dilihat melalui percakapan secara langsung atau cara seseorang itu menulis dan berbicara dalam laman sosial. Sikap individu semasa berinteraksi dan berkomunikasi sememangnya melambangkan peribadi masing-masing. Ada kalanya seseorang itu tidak mempedulikan perasaan orang lain apabila berkomunikasi, iaitu tidak kira sama ada secara berdepan atau di alam maya. Ada pihak yang kurang menghargai orang lain seperti rakan sekerja, jiran tetangga, pelanggan dan pekerja bawahan. Cara mereka semasa menyampaikan mesej ada kalanya menyerlahkan sifat dan peribadi yang sebenar. Apabila komunikasi yang tidak berhemah ini terjadi, maka sudah pasti akan berlakunya salah faham, sekali gus mengeruhkan hubungan sedia ada yang telah terjalin sejak sekian lama. Oleh sebab itu, amatlah penting untuk kita membina persekitaran yang baik dengan orang sekeliling sama ada denga...

RAHSIA SENI BERHUBUNG(EVERYONE COMMUNICATES FEW CONNECT)-JOHN C. MAXWELL

  kata-kata motivasi dari buku ini: Sekadar bekerja keras ataupun melakukan pekerjaan yang baik belum mencukupi. Bagi mencapai kejayaan, kita harus belajar cara terbaik berkomunikasi dengan orang lain. Berhubung adalah kebolehan mengeratkan silaturahim dengan orang lain dan membina hubungan sehingga menambah pengaruh kita ke atas mereka. Kriteria utama bagi kemajuan dan kenaikan pangkat untuk ahli profesional adalah kebolehan berkomunikasi dengan berkesan. Sekiranya saya berpeluang belajar di kolej semula, saya pasti memberi tumpuan pada dua subjek, iaitu belajar menulis dan belajar bercakap di hadapan khalayak ramai. Tidak ada yang lebih penting dalam hidup daripada kebolehan berkomunikasi dengan berkesan. Apabila kita berhubung dengan orang lain, kita bersiap sedia bagi mengeksploitasi segala skil dan bakat yang ada pada kita. Tidak kira apa juga matlamat kita, berhubung membantu kita dalam banyak hal. Kebolehan berhubung dengan orang lain bermula dengan memahami nilai manusia. S...

Buku Bagaimana Memengangi Hati Kawan & Mempengaruhi Orang Lain(How to win friends & influence people )- DALE CARNEGIE

  Info penting dari buku ini:  3 TEKNIK ASAS DALAM MENANGANI MANUSIA Prinsip 1 Elakkan daripada mengkritik, mencerca atau mengeluh  Prinsip 2 Berikan penghargaan yang jujur dan tulus  Prinsip 3 Bangkitkan minat dalam diri orang lain 6 KAEDAH BAGAIMANA MEMBUATKAN ORANG MENYUKAI KITA Prinsip 1 Bersungguh-sungguh menaruh minat pada orang lain Prinsip 2 Senyum Prinsip 3 Mengingat nama seseorang adalah hal paling berkesan dan penting bagi orang itu dalam apa- apa bahasa sekalipun Prinsip 4 Jadilah pendengar yang baik. Dorong orang lain untuk berbicara tentang diri mereka Prinsip 5 Berbicara berkenaan minat-minat orang lain Prinsip 6 Buat orang lain merasa penting dan lakukannya dengan tulus 12 CARA MEMPENGARUHI ORANG LAIN MENERIMA BUAH FIKIRAN KITA Prinsip 1Satu-satunya cara untuk mendapat yang terbaik dari sesuatu perdebatan ialah dengan MENGELAKKANNYA. Prinsip 2 Hargailah pendapat orang lain. Jangan sekali-kali berkata "ANDA SILAP Prinsip 3 Jika kita bersalah, akuilah d...